fb fb fb fb fb

Cub Prix : Akid dominasi saingan CP 150

(FOTO FB MalaysianCubPrix)

ISKANDAR PUTERI, 8 Oktober - PETRONAS Sprinta Yamaha, CKJ Racing mengukuhkan dominasi dalam kategori CP150 pada saingan pusingan ke-8.

Pasukan itu meraih kemenangan menerusi pelumba Mohd Akid Aziz di Litar Medini City, Iskandar Puteri, Johor, pada Sabtu.

Kemenangan ini menyaksikan Mohd. Akid selesa di kedudukan pertama kelas CP150 selepas mengumpul 145 mata keseluruhan.

Beraksi buat julung kalinya di Litar Medini yang menggantikan Litar Tangkak dalam kalendar Cub Prix, Mohd Akid tidak kekok menguasai perlumbaan sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14 minit 29.313 saat.

Sepanjang perlumbaan tersebut, Mohd Akid berdepan cabaran sengit daripada pelumba pasukan Honda Yuzy Estremo, Azroy Hakeem Anuar dan pelumba Geve Tekhne Yamaha, Mohd Iqbal Amri.

Tempat kedua menjadi milik Azroy Hakeem Anuar manakala Iqbal Amri melengkapkan podium di tempat ketiga.

Sementara itu,kategori CP125 menyaksikan Md Khairi Ashraf daripada pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team muncul pemenang pada aksi pusingan kelapan.


(FOTO FB MalaysianCubPrix)

Media Baharu