fb fb fb fb fb

EPL: Manchester United, Chelsea menang bergaya

(FOTO AFP)

LONDON, 8 Oktober- Pemain gantian, Scott McTominay muncul wira Manchester United ketika menentang Brentford, pada Sabtu.

Dalam aksi tersebut United menang dengan keputusan 2-1 di Old Trafford.

Saingan yang berlangsung sengit itu menyaksikan gol awal dijaringkan oleh pasukan pelawat menerusi Matthias Jensen pada minit ke-26.

Jaringan itu membolehkan Brentford mendominasi permainan pada separuh masa pertama.

Saingan pada babak kedua menyaksikan skuad kendalian Erik Ten Hag cuba bangkit apabila McTominay berjaya meledak dua gol pada masa tambahan.

Jaringan itu berjaya menyelamatkan United daripada kekalahan di laman sendiri sekali gus berupaya meraih tiga mata penuh selepas lapan perlawanan berlangsung.

Kini United telah mengumpul 12 mata untuk berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, dalam satu lagi saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan Chelsea melakar kemenangan bergaya menewaskan Burnley, 4-1, di Turf Moor.

Dalam aksi tersebut Burnley terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi Wilson Odobert pada minit ke-15.

Bagaimanapun, anak buah Mauricio Pochettino dapat menyamakan kedudukan apabila Ameen Al-Dhakil menjaringkan gol sendiri tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Aksi lebih mendebarkan berlangsung pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan cuba mendapatkan jaringan menerusi beberapa percubaan tepat.

Hasrat tuan rumah untuk mendapatkan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila Chelsea berjaya menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi Cole Palmer, Raheem Sterling dan Nicolas Jackson.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu