(Foto BERNAMA)
HANGZHOU, 8 Oktober- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada atlet karate negara, Arif Affifudin yang berjaya meraih emas keenam negara Sukan Asia Hangzhou 2022.
Hannah yang hadir memberikan sokongan menyaksikan secara dekat atlet karate berkenaan meraih emas untuk negara.
Arif berjaya mengetepikan atlet Kazakhstan, Daniyar Yuldashev dalam acara kumite bawah 84 kilogram.
"Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada atlet muda kita Arif kerana menghadiahkan pingat emas untuk negara kita Malaysia, tahniah dan syabas kepada semua kontinjen Malaysia kerana saya tidak tahu nak cakap, he best in Asia," kata Hannah kepada pemberita di sini.
Arif yang membuat penampilan sulung di temasya tersebut meraih mata 10-4 pada aksi final Pusat Sukan Linping, Hangzhou.
(Foto BERNAMA)
Artikel Berkaitan:
Sukan Asia: Arif beraksi dalam kesakitan sebelum rangkul emas