fb fb fb fb fb

Shahmalarani tamatkan kemarau 11 tahun karate negara

 Atlet karate negara, C. Shahmalarani merangkul pingat perak di Kejohanan Karate Dunia di Kaherah, Mesir hari ini/Foto World Karate Federation

KUALA LUMPUR, 30 November — Atlet karate negara, C. Shahmalarani, menamatkan kemarau 11 tahun negara di pentas dunia selepas merangkul pingat perak di Kejohanan Karate Dunia di Kaherah, Mesir pada Ahad.

Shahmalarani bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan atlet Uzbekistan berusia 19 tahun, Gulshan Alimardanova, dalam aksi final tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menzahirkan ucapan tahniah kepada Shahmalarani, yang mencipta sejarah apabila mara ke final pada penampilan sulungnya di kejohanan berprestij itu.

Hannah menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti kemampuan Malaysia beraksi di pentas dunia.

“Apa yang dicapai hari ini membuktikan bahawa Malaysia tidak sekadar hadir di pentas dunia tetapi sudah belajar untuk bertarung, bertahan dan memaksa dunia mengiktiraf keberanian kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut memuji komitmen atlet serta pasukan kejurulatihan yang berjaya membawa karate Malaysia ke tahap lebih tinggi.

GRACE AISYAH KEDAYAN