fb fb fb fb fb

Shahidan kembali terajui KOM

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akhirnya kembali memimpin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas menyepi selama 10 tahun.

Ini selepas beliau menewaskan penyandang Presiden, Datuk SM Muthu dengan perbezaan empat undi pada Pemilihan bagi penggal 2022 hingga 2025 badan induk olahraga negara itu hari ini.

Lima teras utama manifesto yang ditampilkan Shahidan berjaya menambat hati 36 perwakilan, sekali gus menerima 20 undi berbanding SM Muthu, 16 undi.


(Shahidan (kanan) menewaskan penyandang Presiden, SM Muthu pada Pemilihan bagi penggal 2022 hingga 2025)

Presiden Persatuan Olahraga Perlis itu pernah memegang jawatan nombor satu KOM dari 2006 hingga 2012 sebelum tewas kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pemilihan penggal 2013-2015.

"Bagi saya adalah penyatuan kita kena kembali balik kepada tujuan asal kita, kita hendaklah bersatu dan kita mestilah meletakkan
atlet sebagai keutamaan dan kita berharap kita dapat mencapai kecemerlangan dalam Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Olimpik. Ini merupakan keutamaan dan seterusnya mencapai kecemerlangan," katanya.

Perebutan bagi kerusi Timbalan Presiden pula menyaksikan Datuk Fadzil Abu Bakar dan Datuk Seri V. Pulanthiran terikat apabila masing-masing menerima 18 undi, namun Fadzil diangkat sebagai pemenang selepas mendapat undi daripada pengerusi mesyuarat.

Bagi empat jawatan Naib Presiden pula, dua penyandang iaitu Josephine Kang dan Datuk Mark William Ling berjaya mempertahankan kerusi itu, manakala Sallehuddin Satar dan Syamsul Bani Abdullah menjadi muka baharu.

Media Baharu