KUALA LUMPUR, 4 Februari- Terengganu FC bakal berdepan tugas sukar berdepan BG Pathum United di Bangkok dalam saingan Piala Kejuaraan Kelab ASEAN, malam esok.
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali berkata ia berikutan kelab dari Thailand itu sedang berada pada prestasi terbaik bukan sahaja di Liga Premier Thailand, malah menduduki tangga teratas Kumpulan A.
Bagaimanapun, Badrul Afzan berkata anak buahnya telah mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi cabaran tuan rumah.
Ini sekali gus memastikan misi membawa pulang tiga mata penuh dari tempat lawan, berhasil.
Beliau menggangap pasukannya memiliki peluang untuk mara ke separuh akhir sekiranya berjaya mengutip tiga mata.
TFC kini berada di tangga kedua Kumpulan A, berkongsi tujuh mata dengan kelab Indonesia PSM Makassar FC di tempat ketiga.