fb fb fb fb fb

Liga Super: Selangor FC perlu kekal rekod tanpa kalah

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi / Foto RTM

SHAH ALAM, 6 Februari-Momentum sembilan perlawanan Liga Super tanpa kalah, termasuk satu seri, perlu dikekalkan.

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menegaskan beliau enggan anak buahnya leka dengan prestasi itu.

Barisan muka baharu serta corak permainan tersendiri bakal menjadi senjata ampuh menentang Sri Pahang FC, Sabtu ini.

"Ini pertemuan kedua bertemu Sri Pahang. Kami mesti beri tentangan dan membawa muka baharu berbanding aksi terdahulu. Sebelum ini mereka menang, tetapi kali ini kita akan lihat keputusannya.

"Kami sasar lebih banyak gol diraih. Namun apa yang penting untuk dapat tiga mata penuh. Satu gol sahaja tak mencukupi. Kita perlu menang", katanya demikian ketika ditemui pada sesi latihanpasukan tersebut di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor di sini.

Terdahulu, Selangor FC dikatakan berada di kedudukan baik apabila mencatat keputusan cemerlang dengan belum lagi tewas dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.

Malah, mereka juga berpeluang menamatkan penantian sedekad untuk meraih trofi selepas layak ke final Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan akan bertemu juara bertahan, PDRM FC.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD