fb fb fb fb fb

Suntikan baharu buat Nor Sarah

MARAN, 12 Jun- Atlet lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi menerima suntikan semangat di atas kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2021 di Vietnam, baru-baru ini.

Nor Sarah yang merupakan atlet pecut wanita 4x100 meter sebelum ini, mengakui keputusannya untuk mencuba acara lompat bergalah telah berjaya menaikkan semula namanya di pentas Sukan Asia Tenggara berkenaan.


(Nor Sara cipta kejutan merangkul pingat emas Sukan SEA 2021, sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia/ BERNAMA)

Kejayaan itu katanya, adalah hasil daripada semua jurulatih yang berjaya mencungkil bakatnya sejak sekolah rendah.

Antaranya, guru Sekolah Rendah Jengka 2 dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

“Datuk, Yang Berhormat semua bagi sumbangan saya bersyukur terima kasih, Sumbangan ini buat saya lebih semangat insyaallah saya buat terbaik untuk Maran, Pahang dan Malaysia, insyaallah," katanya.

Nor Sarah ditemui pada majlis yang dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib di Dewan Arena Tengku Muda Pahang.

Majlis turut meraikan atlet silat, Mohd Taqiyuddin Hamid yang juga berasal dari Kampung Bak-Bak, Maran.

Pada temasya itu, Mohd Taqiyuddin bergandingan dengan Sazzlan Yuga untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra.

Media Baharu