fb fb fb fb fb

Serie A :Napoli kekalkan rekod tanpa kalah di persada liga

Serie A : Napoli kekalkan rekod tanpa kalah di persada liga

NAPLES, 9 November-Napoli terus melebarkan kedudukan sebagai pendahulu liga Serie A, selepas menundukan Empoli 2-0.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan itu menjarakkan kedudukan sebanyak lapan mata di hadapan pesaing yang juga juara bertahan, AC Milan.

Jaringan hasil sepakan penalti Hirving Lozano minit ke -69 dan jaringan minit akhir oleh Piotr Zielinski membolehkan Napoli berpeluang menjuarai liga selepas kali terakhir melakukannya 30 tahun yang lalu.

(FOTO AFP)

"Perjalanan masih jauh, dan sukar.Kami perlu tenang dan fokus dan hadapi perlawanan satu demi satu",kata jurulatih Napoli Luciano Spalletti kepada media.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan,juara bertahan Serie A,AC Milan hanya mampu seri dengan pasukan bermasalah Cremonese 0-0.

Pasukan yang digelar 'The Rossoneri' turun bermain tanpa beberapa tonggak akibat kecederaan bermain baik sepanjang perlawanan,namun dibafikan peluang oleh ketangkasan penjaga gol Cremonese, Marco Carnesecchi.

"Kami bermain baik pada separuh masa pertama,namun segalanya tidak menjadi ketika memasuki separuh masa kedua"jelas jurulatih AC Milan, Stefano Pioli.-AFP

Media Baharu