RIO DE JANEIRO, 8 November- Brazil telah mengumumkan senarai 26 pemain terakhir yang akan dibawa ke Qatar.
Pengendalinya, Tite turut menyenaraikan pemain veteran berusia 39 tahun, Dani Alves dalam misi mereka memburu gelaran keenam.
Bekas pemain Juventus, PSG dan Barcelona itu yang kini beraksi di liga Mexico, menjadi pemain tertua pernah dinamakan untuk skuad Piala Dunia Brazil.
Piala Dunia 2022 merupakan edisi ketiga penyertaannya dalam kejohanan berkenaan.
Skuad "Selecao" kali ini akan diketuai Neymar yang bakal menggalas tanggungjawab besar untuk menamatkan kemarau kejuaraan itu selama 20 tahun.
Penyerang berusia 30 tahun itu melalui musim yang hebat bersama PSG dengan 15 gol dalam 19 perlawanan.
(Foto fail)
Bakal disertai Vinicius Junior dari Real Madrid dan bintang Arsenal, Gabriel Jesus yang memberikan pasukan pilihan di bahagian serangan.
Turut tersenarai, perancang Flamengo, Pedro dan pemain Tottenham, Richarlison manakala pemain Liverpool, Roberto Firmino gagal mendapat kepercayaan Tite apabila disingkir. -AFP