fb fb fb fb fb

Liga Europa: Barcelona akan berentap dengan Manchester United

NYON, 8 November- Undian Play-off Liga Europa menyaksikan Barcelona akan menentang Manchester United.

Barcelona beraksi di Liga Europa susulan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah manakala Manchester United menduduki tangga kedua peringkat kumpulan Liga Europa.

Lapan pasukan yang berada di tangga kedua Liga Europa akan menentang lapan pasukan di kedudukan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dengan pemenang akan mara ke pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, juara enam kali Sevilla akan bertemu PS Eindhoven, Juventus menentang Nantes dan AS Roma bertemu Salzburg.

(Foto fail)

Pusingan pertama perlawanan akan berlangsung pada 16 Februari dengan perlawanan timbal balik seminggu kemudian pada 23 Februari.

Final Liga Europa musim ini berlangsung di Budapest pada 31 Mei tahun depan. -AFP

Media Baharu