fb fb fb fb fb

Hijau Kuning FC (HKFC) jalin kerjasama dengan kelab Sepanyol

(Selain menghantar pelatih untuk menjalani latihan, delegasi HKFC juga menghadiri
kursus kejurulatihan dan pengurusan kelab di CD Leganes)

SPAIN, 8 November- Delegasi Hijau Kuning FC (HKFC) diketuai Presidennya, Mohd Talhah Zainol melakukan lawatan ke Granada FC.

Lawatan yang turut disertai Pengarah Teknikal HK FC, Rosli Hussain serta staf pengurusan kelab bersama pemain muda berusia 17 tahun, Muhammad Hafiy Hamdan itu sebagai permulaan untuk menjalani latihan penuh musim depan.


(Muhammad Hafiy Hamdan,HKFC bersama salah seorang pegawai Granada FC)

Kedah Darul Aman, KDA FC dalam kenyataan memaklumkan, selain memperkenalkan Hafiy kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab, barisan kejurulatihan HK FC juga diberikan peluang mengikuti kursus kejurulatihan dan pengurusan kelab di CD Leganes, meninjau latihan pasukan belia beberapa kelab dan aktiviti jurulatih dengan menimba ilmu baharu bersama Akademi Atletico Madrid.

Lawatan singkat bermula sejak empat hari lalu, bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyesuaikan diri pelatih sebelum menyertai Akademi Granada FC tahun hadapan.

Media Baharu