fb fb fb fb fb

Malaysia, Korea Selatan buat perhitungam perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah

(Pemain Negara meraikan jaringan gol kedua dari Razie Rahim (tiga, kiri) ketika menentang pasukan
Jepun pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022/BERNAMA)

IPOH, 7 November- Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 selepas menewaskan Jepun 4-2.

Kemenangan ini sekali gus mengulangi pencapaian pasukan negara pada 2014 dan akan bertemu juara bertahan, Korea Selatan, Khamis ini.

Skuad negara bermula garang dengan asakan bertubi-tubi ke gawang Jepun sehingga memperoleh pukulan sudut penalti pada minit ke-7 dan mudah disempurnakan oleh Razie Rahim.

Seminit kemudian Razie menambah satu lagi jaringan, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan pelawat menggandakan asakan dan berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-22 menerusi Kaito Tanaka.

The Speedy Tigers bagaimanapun tidak membiarkan kegembiraan itu kekal lama apabila terus menjarakkan kedudukan dengan jaringan padang oleh Nik Aiman Rozemi pada minit ke-30.

Jepun cuba bangkit dengan jaringan pada minit ke-34 menerusi pukulan sudut penalti oleh Shota Yamada.


(Malaysia, Korea Selatan buat perhitungam perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah
/HOKITA)

Asakan berterusan Jepun bagaimanapun digagalkan oleh aksi cemerlang penjaga gol Malaysia, Hafizuddin Othman.

Norsyafiq Sumantri mengesahkan kedudukan skuad negara di pentas akhir dengan jaringan keempat pada minit ke-46.

Pengendali skuad negara Arul Selvaraj berpuas hati dengan aksi ditampilkan anak buahnya.

"Pemain kita berjuang hingga akhir perlawanan. Itulah gaya baharu pasukan kebangsaan Malaysia," kata Arul kepada media di sini.

Terdahulu, aksi di sebelah petang menyaksikan Korea Selatan menewaskan Afrika Selatan dengan jaringan 2-1, manakala Mesir pula tumpas kepada Pakistan 1-4.

Media Baharu