WOLFSBURG, 9 November- Jaringan hatrik Serge Gnabry meletakkan Bayern Munich di puncak liga selepas kemenangan bergaya ke atas Werder Bremen malam tadi.
Kemenangan 6-1 itu membolehkan Bayern Munich melebarkan kelebihan empat mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Freiburg yang bakal melayani RB Leipzig hari ini.
Bayern Munich terpaksa membayar 'harga yang mahal' disebalik kemenangan tersebut selepas penyerangnya, Sadio Mane terpaksa dikeluarkan pada awal perlawanan setelah mengalami kecederaan.
Jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann berkata tahap kecederaan yang dialami penyerang Senegal itu tidak dapat dipastikan.
"Dia (Sadio) mengalami retak di tempurung lutut",kata Nagelsmann kepada media Sky.
"Namun, kami harap kecederaan itu tidak terlalu teruk", katanya lagi.-AFP