fb fb fb fb fb

Serena William tunduk kepada Emma Raducanu

(Serena Williams membalas pukulan kepada Emma Raducanu dari Britain semasa perlawanan terbuka tenis/AFP)

 

AMERIKA SYARIKAT, 17 Ogos- Serena Williams tunduk keluar dari WTA/ATP Cincinnati Masters pada halangan pertama pada hari Selasa, tewas secara 'straight set' kepada juara Terbuka AS Emma Raducanu ketika semakin hampir ke penghujung karier gemilangnya.

Minggu lalu Williams menyatakan bahawa dia merancang untuk bersara selepas Terbuka AS bulan ini kerana tidak setanding dengan remaja Britain, Raducanu, yang menang 6-4, 6-0.

Williams yang berusia 40 tahun meninggalkan gelanggang dengan pantas selepas kekalahan itu tanpa bercakap dengan wartawan televisyen.

Raducanu mengalahkan Williams pada permulaan kedua-dua set untuk meraih kemenangan dalam pertemuan pertama dan ia mungkin perlawanan terakhirnya dengan juara perseorangan Grand Slam 23 kali itu.

Dalam satu pertemuan, Raducanu menyatakan "saya gugup dari titik pertama hingga terakhir dan Serena berbahaya dan boleh kembali dari apa jua keadaan.

"Saya terpaksa kekal fokus. Saya sangat gembira kerana berjaya mengekalkan ketenangan saya," Jelas Raducanu.

Williams, pernah memenangi gelaran ini pada 2014 dan 2015, akibat kecederaan yang dihadapinya dia bersaing dalam perlawanan keempatnya pada 2022 selepas memulakan baki perlawanan di Wimbledon.

Kejayaan yang diraih pemain muda Britain itu semakin meningkat dengan 14 kemenangan dan 17 kekalahan daripada permulaan kelayakan sejak memenangi Tenis Terbuka September lalu. -AFP

 


(Serena Williams ketika dalam perlawanan menentang Emma Raducanu di Mason, Ohio/AFP)

Media Baharu