fb fb fb fb fb

RTM rakan penyiar rasmi Sukma ke-20

(Ahmad Faizal Azumu)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai rakan penyiar rasmi Sukan Malaysia Sukma edisi ke-20 bermula 16 hingga 24 September depan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu RTM sebagai rakan media strategik akan menyiarkan laporan sukan melibatkan 426 acara dipertandingkan menerusi siaran di televisyen dan radio.

"Hari ini juga rakan-rakan strategik dalam kejohanan temasya Sukma edisi ke-20 termasuklah RTM yang begitu besar jasanya kepada rakyat Malaysia akan menjadi penyiar rasmi bagi edisi ke-20.

"Kita amat yakin dengan tenaga kerja warga RTM begitu sinonim dunia sukan di tanah air kita ini, tentunya mereka akan memberi pelaporan dan persembahan terbaik buat seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti dan meminati sukan di tanah air ini," katanya.

(RTM sebagai rakan media strategik akan menyiarkan laporan sukan melibatkan
426 acara dipertandingkan menerusi siaran di televisyen dan radio)

Beliau ditemui selepas pelancaran Detik 30 hari Sukan Malaysia Sukma edisi ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Dijangkakan 10,000 atlet dan pegawai, mewakili negeri masing-masing bakal menyertai temasya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Bangi, Bukit Jalil,Shah Alam dan Pulau Langkawi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Program TV, Abdul Hadi Mohd Yusof memaklumkan liputan bagi temasya melibatkan acara pilihan menerusi laporan pada pagi hingga petang sepanjang temasya berlangsung.

"Pada edisi kali ini kita akan membuat liputan kepada acara-acara terpilih untuk kita siarkan di program televisyen kita menyediakan dua laporan harian sesi pagi dan petang.

"Manakala di radio lintas langsung untuk laporan Sukma di sepanjang hari," katanya kepada RTM selepas mewakili Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud selepas pelancaran rasmi detik 30 hari berkenaan.

(Abdul Hadi Mohd Yusof)

Media Baharu