fb fb fb fb fb

Sepanyol juara Liga Negara Eropah

(Dani Carvajal mencium piala Liga Negara-Negara UEFA meraikan kemenangan perlawanan
bola sepak akhir Liga Negara-Negara UEFA antara Croatia dan Sepanyol/AFP)

ROTTERDAM, 19 Jun- Dani Carvajal menyempurnakan sepakan penalti Panenka untuk memastikan Sepanyol menjuarai kejohanan bola sepak Liga Negara Eropah.

Jaringan pemain pertahanan Real Madrid itu membolehkan Sepanyol menewaskan Croatia 5-4 menerusi penentuan penalti setelah perlawanan tegang yang berlanjutan ke masa tambahan berakhir 0-0.

Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menyelamatkan sepakan penalti Lovro Mayer dan Bruno Petkovic sebelum Carvajal dengan nakal menjaringkan gol yang mengelirukan untuk trofi pertama La Roja trofi sejak Euro 2012.

Kemenangan itu meningkatkan keyakinan jurulatih baharu Sepanyol, Luis de la Fuente yang dikecam hebat pada Mac kerana tewas kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024. Ia juga menebus kekalahan terakhir mereka pada 2021 kepada Perancis.

“Bagi kami ia adalah peluang yang unik, kami keluar awal dalam satu lagi kejohanan (Piala Dunia di Qatar) dan hari ini kami perlu memanfaatkan kesempatan yang ada,” kata Carvajal kepada penyiar Sepanyol TVE.

"Kami mempunyai keyakinan dengan sepakan penalti dan ia berjalan dengan baik, saya tahu bagaimana saya mahu mengambilnya. Saya mahu mengambilnya dengan gaya Panenka dan ia berjalan dengan baik." -AFP

(Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menyelamat sepakan penalti semasa perlawanan bola
sepak akhir Liga Negara-Negara UEFA antara Croatia dan Sepanyol/AFP)

Media Baharu