NILAI, 18 Jun-Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, berada dalam kelas tersendiri selepas meraih pingat emas keduanya dalam ACC 2023 menerusi acara Keirin.
Beliau menamatkan saingan final dengan catatan masa 10.005 saat meninggalkan pelumba Jepun, Shinji Nakano, di tempat kedua dengan perbezaan 0.097 saat.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, turut beraksi cemerlang dengan memenangi pingat gangsa mengatasi empat pelumba lain.
"Alhamdulilah rezeki saya sampai final. Saya hendak buat yang terbaik kali ini.
"Saya tidak ingin pulang dengan rasa menyesal", kata ketika ditemui di sini.
Jumaat lalu, Datuk Azizulhasni meraih emas pertama acara pecut untuk merampas kembali gelaran Raja Pecut Asia.
(Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang)