fb fb fb fb fb

Ekspedisi pendayung dedah pencemaran jalan air Eropah

(FOTO AFP)

PARIS, 19 Jun- Seorang pengembara menamatkan ekspedisi mendayung solo dari Warsaw ke sini melalui sungai dan terusan lima negara yang bertujuan menarik perhatian dunia kepada pencemaran laluan air di Eropah.

Dalam perjalanan berliku 22 laluan air melalui Poland, Jerman, Belanda, Belgium dan Perancis, lelaki Perancis berusia 58 tahun itu mengumpul sampel air untuk analisis saintifik.

Secara keseluruhannya, Christophe Gruault mendayung lebih daripada 2,000 kilometer selama 48 hari.

“Bahagian Poland adalah yang paling murni dan paling bersih dengan kawasan yang dilindungi dan dihormati orang ramai,” katanya.

"Di timur Jerman, anda merasakan bahawa orang ramai telah 'berakar umbi dengan alam semula jadi' tanpa menjejaskannya."

Penyelidik di Muzium Sejarah Semula Jadi Negara di Paris, yang telah menyokong ekspedisi itu, akan mengkaji sampel dan pemerhatian Gruault.

"Adalah menarik untuk melihat sama ada bandar-bandar itu terkesan akibat rawatan pencemaran yang dilaksanakan," kata Denis Duclos, pengarah perhubungan Eropah dan antarabangsa muzium itu.

Pencemaran di sungai Poland menjadi perhatian tahun lalu apabila hampir 250 tan ikan mati ditemukan pada Julai dari Sungai Oder yang mengalir melalui Poland dan Jerman.

Pihak berkuasa Poland kemudiannya menolak andaian bahawa pencemaran industri merupakan punca, sebaliknya menyalahkan alga toksik.

Tetapi pihak berkuasa Jerman menggelarnya sebagai "bencana alam sekitar buatan manusia" kerana pertumbuhan alga disebabkan garam yang dimasukkan ke kawasan perairan. -AFP


(Christophe Gruault mendayung botnya di Sungai Vistula pada permulaan ekspedisi solonya
dari Warsaw ke Paris, di Warsaw pada 1 Mei/AFP)

Media Baharu