(Davide Frattesi ( dua kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya
semasa perlawanan bola sepak Liga Negara-Negara UEFA/AFP)
ENSCHEDE, 19 Jun- Itali mengesahkan tempat ketiga kejohanan bola sepak Liga Negara Eropah, dengan kemenangan tipis 3-2 menewaskan pasukan tuan rumah, Belanda.
Tindakan jurulatih Itali Roberto Mancini melakukan beberapa pertukaran dan kembali kepada formasi 4-3-3 kegemarannya membuahkan hasil.
Federico Dimarco dan Davide Frattesi menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan Itali mendahului 2-0.
Steven Bergwijn membalas satu gol ketika perlawanan berbaki 20 minit tetapi penyerang Juventus, Federico Chiesa dengan pantas mengembalikan kelebihan Itali sebelum Georginio Wijnaldum menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-89 untuk merapatkan jurang.
Skuad Oranje kendalian Ronald Koeman memulakan pusiangan akhir Liga Negara Eropah minggu ini dengan tekad untuk memenangi trofi pertama mereka sejak Kejohanan Eropah 1988 namun gagal di tempat sendiri dalam kedua-dua perlawanan, termasuk aksi separuh akhir yang dimenangi Croatia dengan jaringan 4-2 pada Rabu lepas.
Koeman kini telah tewas tiga daripada empat perlawanan sejak dilantik semula sebagai jurulatih Belanda pada Januari. -AFP
(Tindakan jurulatih Itali Roberto Mancini melakukan beberapa pertukaran dan kembali kepada
formasi 4-3-3 kegemarannya membuahkan hasil/AFP)