fb fb fb fb fb

Selangor FC sambar Reziq Bani Hani, perkuat jentera serangan

Foto FB Selangor FC

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Pasukan Selangor FC terus memperkuat jentera serangan menjelang saingan Liga Malaysia 2024/25, dengan kemasukan pemain import baharu kelahiran Jordan, Reziq Bani Hani.

Karier pemain berusia 22 tahun itu bersama skuad kebangsaan Jordan bermula dari pasukan Bawah 16 tahun sehingga Bawah 23 tahun selain bermain pada kejohanan Piala Asia 2024, baru-baru ini.

Selain itu, Reziq juga pernah bermain di Liga Juara-Juara AFC 2023/2024 bersama kelab di negaranya, Al-Faisaly SC.

Pemain itu juga pernah membantu kelabnya muncul juara saingan JFA Shield buat kali kesembilan tahun lalu.

Reziq juga merupakan penjaring terbanyak dalam liga Bawah 17 dan Bawah 19 tahun di Jordan pada tahun 2017 dan 2018 selain menjadi pemain terbaik dan memenangi kejohanan Piala Donsti di Sepanyol bersama Knight Jordan.

Ketika ini, Reziq merupakan penjaring terbanyak di Liga Pro Jordan dengan sembilan gol.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM