fb fb fb fb fb

KBS masih teliti tempat sesuai bina velodrom terbuka

Hannah Yeoh ditemui pemberita selepas selepas menghadiri Majlis Anugerah Bina Badan Enrich 2024 di Serdang, Selangor

SERDANG, 4 Mei- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam fasa meneliti beberapa tempat terbaik di kawasan Lembah Klang untuk membina velodrom terbuka.

Menterinya, Hannah Yeoh menyatakan inisiatif berkenaan dalam usaha mencungkil lebih ramai bakat muda dalam sukan berbasikal trek.

Beliau juga menyifatkan fasiliti berkenaan penting dan akan membantu program pembagunan bakat pada masa akan datang.

"Walaupun sukan ini adalah sukan elite dan sukan yang kita banyak taruh harapan untuk dapatkan pingat tetapi kalau budak sekolah sekarang di Lembah Klang, mereka tidak ada tempat nak pergi itu yang saya sedang usahakan di KBS untuk kita ada veledrom terbuka,"katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas menghadiri Majlis Anugerah Bina Badan Enrich 2024 di Serdang, Selangor.

Pada 9 Mac lepas, KBS memaklumkan sudah memulakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meneliti kawasan sesuai bagi pembinaan velodrom terbuka untuk kegunaan awam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE