DOHA, 4 Mei- Jepun merangkul kejuaraan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) selepas menewaskan Uzbekistan 1-0.
Pemain gantian, Fuki Yamada meletakkan Jepun di hadapan selepas merembat gol pada minit ke-91.
Namun, Uzbekistan berpeluang menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Jepun, Hiroki Sekine ketika waktu tambahan.
Penjaga gol Jepun, Leo Kokubu berjaya menepis sepakan Umarali Rakhmanaliev sekali gus menjadi wira buat skuad Go Oiwa merangkul kejuaraan kali kedua Piala Asia B-23.
Kemaraan Jepun dan Uzbekistan memastikan dua tiket ke sukan Olimpik Paris 2024. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Iraq yang menewaskan 2-1 pada Khamis.-REUTERS