fb fb fb fb fb

Aksi pramusim Terengganu FC hambar

Aksi perlawanan pra musim terakhir antara TFC dan KDN FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi

KUALA NERUS, 4 Mei- Keputusan seri 0-0 yang tidak memihak kepada pasukan tuan rumah, Terengganu FC (TFC) dalam pertemuan dengan Kelantan Darul Naim (KDN FC) malam tadi nyata mengusarkan buat pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner menjelang sepak mula Liga Malaysia membuka tirai pada 11 Mei nanti.

Pada aksi perlawanan pramusim terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, TFC tidak mempamerkan aksi sebenar permainan seolah-olah hilang punca untuk penguasaan padang seawal suku pertama permainan.

Beberapa perancangan taktikal yang gagal disempurnakan oleh TFC memberi keyakinan buat pasukan pelawat KDN FC untuk mengatur serangan demi serangan.

Babak-babak separuh masa kedua permainan turut memperlihatkan KDN FC lebih berkeyakinan untuk penguasaan padang walaupun gagal memanfaatkan banyak peluang di hadapan gawang lawan.

Situasi itu memaksa Tomislav Steinbruckner membuat pertukaran taktikal untuk mengeluarkan kapten pasukan Muhammad Safawi Rasid yang diganti oleh pemain simpanan, Nik Muhammad Sharif Haseey Mohd Lazim.

Begitu juga beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh KDN FC, namun masih gagal buat kedua-dua pasukan untuk meraih jaringan gol sehingga tamat permainan.

SITI AISHAH MD ISA