fb fb fb fb fb

Selangor FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2022

(Aksi perlawanan kedua aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia 2022 di antara Selangor FC
menentang Kelantan United FC/ Foto FB MFL) 

PETALING JAYA, 1 November - Selangor FC (SFC) mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 1-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia dan layak dengan agregat 3-0.

Juara 33 kali, Selangor FC membawa bekalan selesa dua gol selepas tamat perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 26 Oktober lalu.

Pertemuan kedua di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, Selangor malam ini menyaksikan tiada sebarang gol dihasilkan pada separuh masa pertama walau pun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.


(Aksi perlawanan kedua aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia 2022 di antara Selangor FC
menentang Kelantan United FC/ Foto FB MFL) 

Sebaliknya KUFC kelihatan bermain bermatian-matian sebaik memasuki babak kedua dengan menyaksikan beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol Selangor FC.

Namun Selangor FC mengesahkan slot ke suku akhir selepas pemain KUFC, Nik Akif Syahiran Nik Mat tertanduk masuk bola ke gawang sendiri, berpunca dari sepakan percuma yang diambil pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal pada minit ke-90.

Selangor FC akan berdepan Negeri Sembilan FC di suku akhir selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 2-1.

Media Baharu