fb fb fb fb fb

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022: Malaysia buka kempen dengan kekalahan kepada Korea Selatan

PERAK, 2 November- Saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 menyaksikan skuad hoki negara memulakan kejohanan dengan langkah kiri selepas dikecewakan juara bertahan Korea Selatan 3-0, malam tadi.

Kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan anak buah Arul Selvaraj selepas ketinggalan seawal minit ke-10.


(Ketua Jurulatih skuad negara, A Arul Selvaraj)

Gol dijaringkan pemain paling senior Korea Selatan, Jang Jonghyun hasil pukulan sudul penalti.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Speedy Tigers kembali memperkemas permainan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan.

Sebaliknya pasukan pelawat terus garang mencipta jaringan kedua dan ketiga menerusi Kim Hyeonhong dan Jang Jonghyun, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-30 dan 33.

Tamat perlawanan Korea Selatan 3, Malaysia 0.

Sementara itu, pengendali skuad kebangsaan Arul Selvaraj jelas kecewa dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya sepanjang perlawanan.

"Saya rasa bukannya skill tetapi fokus ataupun kepercayaan diri, kami tidak kawal dalam pusingan ke3 final ini, jadi itu saya kena tanya individu-individu yang berada di situasi tu, kenapa dan apa sebab kenapa kurang selesa, dan juga sudah tentu pukulan sudut penalti, mengecewakan," katanya

Selepas ini Malaysia akan turun bertemu Pakistan dalam perlawanan kedua, malam esok.

Keputusan lain pula menyaksikan menewaskan Mesir 1-0 manakala Afrika Selatan menang 4-1 ke atas Pakistan.

Media Baharu