fb fb fb fb fb

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Itali tawar pengalaman unik

Foto REUTERS

ROM, 5 Ogos - Khamis ini menandakan genap enam bulan menjelang pembukaan rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 yang akan dianjurkan bersama oleh Milan dan bandar pergunungan Cortina d'Ampezzo di Itali.

Temasya itu dijadual berlangsung dari 6 hingga 22 Februari 2026, manakala temasya Paralimpik akan menyusul pada bulan Mac.

Ia merupakan kali pertama Sukan Olimpik Musim Sejuk kembali ke Eropah sejak edisi Turin pada 2006. Itali sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah pada ketika dunia sukan musim sejuk berdepan cabaran perubahan iklim.

Temasya itu dijangka menawarkan pengalaman unik dengan gabungan sukan bertaraf dunia dan keindahan serta gaya hidup Itali.

“Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini akan membawa gabungan yang tidak dapat dilupakan antara sukan dan keanggunan serta kehalusan budaya Itali,” kata bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, dalam satu majlis rasmi di Milan pada Februari lalu yang dihadiri atlet dari seluruh dunia.

Selain Milan dan Cortina, temasya ini turut melibatkan lima lokasi lain di seluruh Itali, termasuk Bormio yang bakal menjadi tuan rumah bagi acara sukan ski alpine lelaki.

Jarak antara Milan dan Cortina melebihi 400 kilometer, menandakan skala besar temasya ini dari segi logistik dan pelaksanaan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN