fb fb fb fb fb

Borussia Dortmund teruja beraksi semula dengan JDT di Johor Bahru

(Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa
dengan kelab liga Bundesliga, Dorussia Dortmund (BVB) pada 28 November ini)  

JOHOR BAHRU, 1 November - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati untuk menerima kunjungan kelab liga Bundesliga, Dorussia Dortmund (BVB) untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, di sini, pada 28 November ini.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata JDT dan gergasi Jerman itu sudah mempunyai kerjasama yang baik sejak kerjasama akademi dan perlawanan persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada tahun 2015.

“Adalah satu penghormatan untuk menerima kunjungan semula pasukan berwibawa seperti Borussia Dortmund dan kali ini beraksi di stadium baharu kami,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


(Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati menerima kunjungan kelab liga Bundesliga, Dorussia Dortmund)

Sementara itu, Pengarah Urusan Borussia Dortmund bagi Asia Pasifik, Dr L.Suresh dalam kenyataan sama berkata perlawanan persahabatan tersebut adalah sebahagian daripada Jelajah Asia BVB 2022.

Bagi Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Rakan Perkongsian Komersil Borussia Dortmund, Benedikt Scholz, kelab tersebut tidak sabar untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih dan bertemu kembali peminat dan penyokong kelab Jerman itu di Malaysia. -BERNAMA

Media Baharu