fb fb fb fb fb

Sarawak United, Melaka United sah tidak beraksi pada Liga Super 2023

(Pasukan Melaka United FC)

PETALING JAYA, 1 November - Dua pasukan Liga Super, Sarawak United FC dan Melaka United FC boleh melupakan saingan tahun depan selepas gagal dalam rayuan perlesenan kebangsaan.

Sebelum ini, dua pasukan berkenaan diberikan ‘talian hayat’ oleh badan First Instance Body (FIB) namun gagal memenuhi proses dokumentasi terakhir mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB)mempertimbangkan rayuan Sarawak United dan Melaka United berikutan keputusan First Instance Body (FIB) menolak permohonan Lesen Kebangsaan pada 12 Oktober lalu.

"Berdasarkan kepada kerahsiaan penyerahan, saya tidak dapat maklumkan apa yang telah atau tidak dihantar ataupun perkara yang menyebabkan kegagalan (rayuan oleh kedua-dua pasukan)," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.


(Pasukan Sarawak United FC)

Sebelum ini Sarawak United didapati gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Melaka United pula didapati tidak mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11.

Sementara itu, Stuart mengesahkan 16 pasukan akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan, walau pun terdapat khabar angin ada pasukan yang akan menarik diri, antaranya Petaling Jaya City FC.

Media Baharu