NEW YORK, 5 Ogos - Novak Djokovic menarik diri dari menyertai kejohanan Terbuka Cincinnati untuk tahun kedua berturut-turut.
Perkara tersebut disahkan penganjur kejohanan kepada media Amerika Syarikat.
Juara Grand Slam 24 kali itu telah menarik diri daripada kejohanan pemanas badan terbuka Amerika itu susulan gagal mara ke pusingan separuh akhir di Terbuka Perancis dan Wimbledon.
Djokovic ditewaskan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner di kedua-dua kejohanan tersebut.
Beliau merupakan juara tiga kali di Terbuka Cincinnati sebelum ini.
Kejohanan tenis di Amerika itu akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 7 September di New York City.-REUTERS