fb fb fb fb fb

Terbuka Kanada: Rybakina mara ke pusingan separuh akhir

Rybakina mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Kanada/Foto AFP

MONTREAL, 5 Ogos - Juara Wimbledon 2022, Elena Rybakina mara ke separuh akhir kejohanan WTA, Terbuka Kanada apabila lawannya, Marta Kostyuk dari Ukraine terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan pergelangan tangan.

Rybakina mendahului perlawanan 6-1, 2-1 apabila Kostyuk terpaksa menghentikan perlawanan.

Pemain nombor 12 dunia itu sedang memburu kejuaraan WTA ke tiga selepas kejohanan di Rom dan Indian Wels pada 2023.

Tahun lalu, dalam kejohanan di Miami, Rybakina gagal ke pusingan akhir.-AFP

ASHRIQ FAHMY AHMAD