fb fb fb fb fb

Selangor FC lawan Terengganu FC separuh akhir Piala Malaysia

(Yazan Mousa Mahmood (dua, kanan) meraikan jaringan golnya bersama barisan kejurulatihan pada perlawanan
Suku Akhir Kedua Piala Malaysia, pasukan Selangor menetang Negeri Sembilan FC/BERNAMA)

PAROI, 13 November- Selangor FC berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2 setelah seri 2-2 dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Selangor FC menempah pertemuan dengan Terengganu FC yang menyingkirkan Kuala Lumpur City secara agregat 4-1dalam satu lagi saingan suku akhir.

Selangor FC yang menang 2-0 pada suku akhir pertama di Petaling Jaya minggu lalu, bermula agresif dengan menjaringkan gol seawal minit ke-10 menerusi penyerang, Herlison Caion dari Brazil.

Skuad Jang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24 hasil sepakan penalti yang disempurnakan Matheus Alves Leandro.

Pasukan pelawat menambah gol kedua menerusi jaringan pertahanan tengah, Yazan Mousa Al-Arab pada minit ke-45.

Sebelum separuh masa pertama tamat, NSFC kembali mengikat kedudukan menerusi sentuhan ketua pasukan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak.

Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-kedua pasukan dilihat berusaha menambah koleksi gol.

Namun sehingga wisel penamat dibunyikan kedudukan kekal NSFC 2, Selangor FC 2.

(Pemain Negeri Sembilan Che Rashid Che Halim (kiri) dikawal oleh pemain pertahanan
Selangor Fadzly Mazlan pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia/BERNAMA)
 

Media Baharu