fb fb fb fb fb

'Saya belum sedia' - Datuk Chong Wei

KUALA LUMPUR, 5 Julai - "Saya akan lakukan pada waktu yang tepat".

Itu jawapan Legenda Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei ketika ditanya adakah beliau sedia menerima jika diberi tawaran untuk memegang jawatan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut beliau, dirinya masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab berat berkenaan.

"Saya akan umumkan apabila saya sudah bersedia. Sekarang bukan masa yang tepat lagipun BAM masih stabil dengan jurulatih yang sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis 'Legend Vision' yang diadakan sempena Kejohanan Terbuka Malaysia baru-baru ini.

Ketika ini, bekas pemain perseorangan lelaki negara Wong Choong Han memegang jawatan pengarah kejurulatihan BAM, manakala Rexy Mainaky dari Indonesia merupakan Pengarah Kejurulatihan Beregu.

Dalam perkembangan sama, Datuk Lee Chong Wei juga memberitahu, beliau sedia mendengar keluhan semua pemain badminton tanpa mengira status mereka.

"Saya bersedia membantu ketika pemain melalui saat-saat sukar, telefon bimbit saya 24 jam tidak pernah tutup dan bersedia mendengar keluhan semua pemain badminton," katanya

Media Baharu