fb fb fb fb fb

Kontrak Robert Ballard tidak disambung

Robert Ballard akan tamat kontrak pada 31 Julai ini - Foto MA

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Khidmat Pengarah Teknikal Kejurulatihan Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard bakal berakhir hujung bulan ini.

Perkara itu diumumkan oleh MA dalam satu kenyataan hari ini yang memaklumkan khidmat beliau tidak akan disambung selepas tamat kontrak pada 31 Julai 2025.

Menurut badan induk sukan olahraga negara itu, tindakan berkenaan terpaksa diambil disebabkan oleh kekangan dana akibat kurang peruntukan daripada kerajaan dan penajaan swasta.

0207 SKN KONTRAK ROBERT BALLARD 1Robert Ballard (kanan) dilantik sebagai Pengarah Teknikal pada Ogos 2023 - Foto FB MA

"Robert Ballard telah bersama MA sejak tahun 2023 dan telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan dan peningkatan prestasi atlet negara sepanjang tempoh dua tahun ini.

"Pihak MA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi serta komitmen beliau sepanjang bersama MA. Kami mendoakan agar Robert Ballard terus maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini," menurut kenyataan itu.

Ballard dilantik pada Ogos 2023 dan sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan yang sama pada 2014 sebelum sebelum meninggalkan badan induk sukan olahraga negara pada Disember 2015.

Ia selepas prestasi buruk skuad negara di temasya Sukan Sea Singapura, yang hanya membawa pulang tiga emas, dua perak dan sembilan gangsa.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK