fb fb fb fb fb

Dortmund singkir Monterrey untuk mara ke suku akhir

Dortmund akan bertemu Real Madrid pada aksi suku akhir - Foto AFP

ATLANTA, 2 Julai - Borussia Dortmund berjaya menyekat kebangkitan dramatik Monterrey pada separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi mendebarkan pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Mercedes-Benz Arena, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus melengkapkan senarai suku akhir kejohanan.

Dua penyudah penting Serhou Guirassy pada minit ke-14 dan ke-24 meletakkan Dortmund di depan pada babak pertama.

0207 SKN DORTMUND KE SUKU AKHIR 1Dortmund berjaya menyekat kebangkitan Monterrey - Foto AFP

Pemain Monterrey, German Berterame berjaya merapatkan jurang untuk kedudukan 2-1 pada minit ke-48.

Kelab dari Mexico itu cuba bangkit dan terus memberikan tekanan hebat, namun barisan pertahanan Dortmund kekal utuh sehingga wisel penamat.

Pasukan Dortmund akan bertemu juara Eropah 15 kali, Real Madrid bagi saingan suku akhir yang dijadualkan pada Ahad ini.

Terdahulu Real madrid mara selepas menewaskan Juventus 1-0 di Stadium Hard Rock, di Miami Gardens. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK