fb fb fb fb fb

Badminton Malaysia Masters 2022: Peluang pemain negara tebus kekecewaan

(Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzudin/Foto FB Badminton World Federation)

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Tamat saingan Badminton Terbuka Malaysia 2022, kini fokus skuad negara beralih kepada kejohanan Malaysia Masters bertaraf Super 500.

Kejohanan yang bermula hari ini bakal menjadi 'talian hayat' buat kem negara yang gagal menyerlah pada Terbuka Malaysia.

Bagaimanapun, peminat tanah air dijangka tidak akan dapat menyaksikan kelibat jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia yang dilaporkan menarik diri dari kejohanan itu.

Bagaimanapun, belum ada penjelasan rasmi mengenai alasan pemain ranking ke-5 dunia itu untuk tidak beraksi.

Pada saingan Terbuka Malaysia yang berakhir semalam, Zii Jia tersingkir seawal pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzudin serta Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menyerlah pada Terbuka Malaysia bakal menghadapi cabaran berbeza di Malaysia Masters.

(Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzudin/Foto FB Badminton World Federation)

Ibarat misi membalas dendam, Sze Fei dan Nur Izzudin sekali lagi bakal bertemu jaguh Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada pusingan awal.

Manakala Aaron Chia dan Wooi Yik kini memburu kemenangan kedua ke atas pasangan Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito selepas menewaskan mereka pada Terbuka Malaysia.

Bagi aksi beregu wanita pula pastinya tumpuan terarah kepada pasangan terbaik negara ketika ini, Pearly Tan dan M Thinaah dan beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing untuk melakar kejayaan.

Media Baharu