fb fb fb fb fb

Sathianathan berang pasukan guna jurulatih 'boneka'

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR,31 Disember Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) kecewa dengan laporan beberapa jurulatih tempatan yang menjadi 'boneka' dengan menjual lesen mereka kepada pihak ketiga.

Presiden PJBM, B. Satiananthan berkata, pihaknya berjaya mengesan pasukan yang menamakan pengendali tempatan sebagai jurulatih, namun hakikatnya pasukan itu dikendali jurulatih asing.

Jelas beliau, ia membabitkan satu pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga M3.

"Ada jurulatih yang menerima tawaran daripada kelab supaya mereka menjadi ketua jurulatih, tapi sebenarnya mereka bukan ketua jurulatih, cuma syarat-syarat diletakkan pasukan M3 itu dikendalikan oleh jurulatih tempatan".

Tambah beliau lagi, kegiatan itu juga berlaku dikalangan pasukan Liga Super.

"Kegiatan ini juga berlaku dalam kalangan pasukan Liga Super. Kita mendapat laporan terdapat seorang jurulatih yang tidak mempunyai lesen kejurulatihan pro tetapi mengendalikan pasukan. Mereka menjemput beberapa jurulatih tempatan yang ada lesen kejurulatihan pro bagi menjadi boneka mereka", katanya kepada media.

Sathianathan berkata demikian selepas kongres tahunan PJBM yang menyaksikan beliau menang tanpa bertanding untuk kerusi Presiden bagi penggal 2022 hingga 2026.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menetapkan ketua jurulatih pasukan Liga Super wajib memiliki lesen Pro A, manakala bagi liga M3, hanya jurulatih tempatan dibenar untuk mengendali pasukan seperti ditetapkan Liga Bola Sepak Amatur (AFL).


(B.Sathianathan selepas kongres tahunan PJBM yang menyaksikan beliau menang
tanpa bertanding untuk kerusi Presiden bagi penggal 2022 hingga 2026. /FOTO RTM)

Media Baharu