fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Malaysia 2023: Peluang wakil negara menyerlah - Datuk Misbun

(FOTO FAIL)

BANTING, 31 Disember - Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek meletakkan sasaran realistik sekurang-kurangnya satu wakil negara beraksi di pentas final pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Menurutnya, ia merupakan kejohanan pertama tahun 2023 dan akan menjadi permulaan yang baik sekiranya pemain negara meraih keputusan positif.

(Datuk Misbun Sidek)

"Saya tengok mereka sudah pada tahap dunia cuma sekarang ini dari segi prestasi kita akan lihat dari saingan-saingan daripada beberapa negara yang kita sudah tahu mereka adalah tonggak pada pertandingan besar macam ini...kita lihat sahaja apa yang akan berlaku," katanya.

Sandaran Malaysia diletakkan di atas bahu juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia selain beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah bagi menamatkan penantian negara kembali menjuarai kejohanan di laman sendiri.

Kali terakhir pemain negara muncul juara adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei yang merekodkan gelaran ke-12 pada edisi 2018 selepas menewaskan bintang Jepun, Kento Momota di pentas final.

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 bakal membuka tirai pada 10 hingga 15 Januari di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Media Baharu