fb fb fb fb fb

Kelantan United sambar Khidmat Tomas Truca

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 31Disember-Kelantan United FC (KUFC) akan menggunakan khidmat bekas jurulatih pasukan Penang FC, Tomas Trucha bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata Trucha akan menggantikan Ketua Jurulatih sebelum ini, Syamsul Saad yang ditamatkan kontrak.

Trucha disifatkan berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia kerana telah bersama pasukan Penang FC selama dua musim pada 2021 hingga 2022.

Musim lalu beliau membantu Penang FC menduduki tempat ketiga saingan Liga Super, selain berpengalaman sebagai jurulatih untuk kelab luar negara seperti Republik Czech, Bostwana dan Kenya.

Pada aksi saingan Liga Premier musim ini, KUFC berada di kedudukan kelima.

Sekali gus melayakkan diri untuk beraksi pada cabaran Liga Super musim depan.

Mengulas lanjut, Rozi berkata pihak pengurusan Kelantan United FC sangat yakin dengan kemampuan jurulatih berusia 51 tahun itu kerana taktikal permainan berkualiti yang dijangka dapat dipamerkan olehnya kepada pasukan nanti.

(Tomas Truca disambar Kelantan United bagi membimbing pasukan itu hadapi Liga Super
2023 /FOTO RTM)

Media Baharu