KUALA LUMPUR, 8 Januari - Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat kedua esok dalam Terbuka Malaysia 2025.
Saingan yang berlangsung di Axiata Arena, menyaksikan gandingan diranking ke-7 dunia itu menumpaskan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi dan Presley Smith.
Pasangan negara berjaya menampilkan corak permainan yang agresif dan menang dalam tiga set 21-15, 16-21 dan 21-10.
Saingan berkenaan menyaksikan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 itu memerlukan 58 minit untuk mengesahkan kemaraan mereka.
Esok mereka akan berdepan antara dua pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng- Yang Po Han dan Lee Fang Chih- Lee Fang Jen.