fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Rashford tersisih daripada kesebelasan disebabkan masalah disiplin-Ten Hag

(FOTO AFP)

WOLVERHAMPTON, 31 Disember-Penyerang Manchester United, Marcus Rashford disisihkan daripada kesebelasan utama menentang Wolves disebabkan masalah disiplin.

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mendedahkan perkara tersebut ketika ditemuramah televisyen.

Penyerang berusia 25 tahun itu berada dalam prestasi terbaik musim ini apabila menjaringkan gol pada dua perlawanan terdahulu termasuk ketika menentang Burnley minggu lalu pada pusingan keempat Piala Liga.

Rashford turut menyumbang tiga gol buat England pada Piala Dunia 2022 lalu.

Bagaimana pun, Rashford tidak dinamakan dalam senarai kesebelasan utama menetang Wolvehampton, sebaliknya Alejandro Garnacho dinamakan sebagai pengganti.

Ten Hag tidak memberi penjelasan terperinci berkaitan keputusan menggugurkan Rashford ketika temuramah pra-perlawanan bersama BT Sport, tetapi hanya menyatakan "itu merupakan peraturan kami (pasukan).

Manchester United bakal berkunjung ke stadium Molineux bagi meneruskan momentum kemenangan empat perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, sementara Wolves pula berazam bagi keluar dari zon penyingkiran liga-AFP


(Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menerima ucapan tahniah daripada
Pengurus pasukan, Erik ten Hag/FOTO AFP)

Media Baharu