ROM, 2 Jun-Pengurus terkenal,Maurizio Sarri kembali dilantik sebagai ketua jurulatih Lazio, setahun selepas beliau meletakkan jawatan daripada jawatan tersebut, lapor agensi berita Itali, Adnkronos, pada Isnin
Laporan berkenaan turut memetik kenyataan Pengarah Sukan Lazio, Angelo Fabiani bahawa bekas pengendali Chelsea dan Juventus itu telah menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Serie A itu, dengan pilihan lanjutan untuk musim ketiga.
Setakat ini, pihak Lazio belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelantikan semula Sarri.
Sarri meletakkan jawatan pada Mac 2024 selepas hampir tiga tahun membimbing kelab itu.
Lazio menamatkan musim Serie A 2023–24 di tempat ketujuh, selepas mencatatkan pencapaian cemerlang sebagai naib juara musim sebelumnya.
Di bawah kendalian jurulatih sementara Marco Baroni, Lazio sekali lagi menamatkan saingan liga di tangga ketujuh musim ini.-REUTERS.