fb fb fb fb fb

Sarawak sasar 70 pingat emas SUKMA 2024

Gambar fail UKAS

KUCHING, 10 Julai - Sarawak menyasarkan kutipan 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis sasaran itu mampu dicapai berdasarkan maklum balas yang diterima semasa sesi taklimat bersama Penolong Ketua Kontinjen (ACDM).

Jelas Datuk Seri Abdul Karim, maklum balas yang diterima hasil daripada mesyuarat mengenai prestasi kontinjen merangkumi setiap jenis sukan bersama semua ACDM dan jurulatih, adalah positif.

Sarawak pernah muncul juara SUKMA pada edisi 1990, 1992 dan 1994.

SUKMA 2024 akan melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sebanyak 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.

GRACE AISYAH KEDAYAN