fb fb fb fb fb

Craig Bellamy dilantik sebagai pengurus baharu Wales

Bekas pemain Liverpool, Craig Bellamy dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan Wales baharu/Foto Reuters

CARDIFF, 10 Julai-Bekas penyerang Manchester City, Liverpool dan Newcastle United, Craig Bellamy dinamakan sebagai jurulatih Kebangsaan Wales sehingga 2028, kata Persatuan Bola sepak Wales (FAW) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bellamy yang membuat 78 kemunculan untuk Wales pada tahun 1998 sehingga 2013 dilaporkan menggantikan Rob Page yang dipecat bulan lepas ekoran kegagalan Wales layak ke Euro 2024.

"Ini merupakan suatu penghormatan dan peluang buat saya untuk mengemudi Wales.

"Ia juga detik membanggakan dalam karier saya. Menjadi Ketua jurulatih "Cymru" adalah impian dan saya bersedia dengan cabarannya", ujar Bellamy dalam kenyataan.

Bellamy, 44 tahun membuat 78 penampilan ketika karier sebagai pemain selepas membuat penampilan pertama mewakili Wales pada usia 18 tahun dan dipilih sebagai ketua pasukan usai persaraan Ryan Giggs pada 2007.

Selepas bersara pada 2014, Bellamy terlibat dalam bidang kejurulatihan dan melatih kelab Cardiff City bawah 18 tahun dan menjadi penolong jurulatih kepada Vincent kompany di Anderlecht dan Burnley.

Tugas pertama Bellamy sebagai ketua jurulatih Wales adalah untuk membawa kembali Wales ke Liga A dalam kejohanan Liga Negara-Negara Eropah.

Perlawanan pertama buat bellamy adalah menentang Turkiye di gelanggang sendiri pada 6 September depan.

Wales gagal menempatkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 selepas tewas kepada Poland pada perlawanan 'Playoff' menerusi sepakan penalti.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD