fb fb fb fb fb

Sarawak kenal pasti tapak pusat kecemerlangan sukan

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah / Foto RTM

KUCHING, 25 Ogos - Sarawak telah mengenal pasti tapak bagi pembinaan pusat kecemerlangan sukan yang akan dibina di kawasan Petrajaya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pusat tersebut akan memainkan peranan penting dalam melatih dan menilai atlet, termasuk melihat perkembangan fizikal dan menyelaraskan minda mereka.

"Tidak boleh suruh atlet berlatih tanpa melihat perkembangan fizikal dan menyelaraskan minda mereka," katanya kepada pemberita, di sini.

Bagaimanapun, Abdul Karim tidak mendedahkan kos pembinaan mahupun tarikh mula pelaksanaan projek infrastruktur sukan tersebut.

Mengulas mengenai kejayaan Sarawak menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) kali ini, Abdul Karim berkata ia sebagai bukti komitmen negeri itu untuk menjadi kuasa sukan negara.

Menurutnya, walaupun Sarawak tidak mempunyai ramai atlet kebangsaan, semangat juang yang ditunjukkan oleh atlet negeri itu telah berjaya menamatkan kemarau juara selama 30 tahun.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN