fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada JDT atas kemenangan Piala FA

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Anwar turut meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditampilkan oleh pasukan Gergasi Merah dalam perlawanan tersebut.

“Tahniah kepada JDT yang memenangi pertandingan semalam (Sabtu). Kekalkan tradisi sukan untuk memupuk perpaduan. Kagum dengan semangat pasukan Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

JDT merangkul trofi Piala FA 2024/25 dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Selangor FC, mencatatkan kemenangan hatrik setelah turut menjuarai piala tersebut pada edisi 2022 dan 2023.

Gol JDT diperoleh menerusi jaringan hatrik oleh Juan Muniz serta sumbangan gol daripada Arif Aiman Hanafi, Bergson Da Silva, dan Heberty Fernandes. Satu-satunya gol Selangor FC dijaringkan oleh Alvin Fortes.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN