SEREMBAN, 22 Jun - Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Hobin Jang Hobin gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri sebaliknya skuad KL City FC dilihat lebih mendominasi permainan seawal separuh masa pertama.
Hasilnya, pemain kebangsaan, Brendan Gan berjaya meledak gol pertama menerusi tandukan kemas pada minit ke-27.
Memasuki babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah kehilangan Jacque Faye selepas dilayangkan kad merah kerana mengasari Ryan Edward Lambert pada minit ke-53.
Memanfaatkan peluang itu, skuad KL City meledakkan gol kedua menerusi kapten Paulo Josue pada minit ke-72.
Pemain gantian, S. Sharvin kemudian mengesahkan kemenangan pertama skuad KL City pada minit ke-90.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Azzmi Ab Azizi kekal di tangga tercorot liga.
Manakala KL City memperoleh tiga mata penuh pertama selepas tiga perlawanan untuk menghuni tangga ketujuh dengan empat mata.