fb fb fb fb fb

MSC Piala Dunia ESport 2024, ganjaran menanti wakil negara jika lakar kejayaan - Zahid

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 21 Jun- Ganjaran menanti skuad E-Sukan negara andai melakar kecemerlangan pada Kejohanan MSC Piala Dunia Esport 2024 di Riyadh yang dijadual berlangsung 28 Jun hingga 14 Julai ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, beliau akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung insentif khas tersebut.

"Kita akan berunding dengan mereka. Kedua-dua pasukan ini pasukan yang kuat daripada segi kedudukan kewangan."

"Saya akan berunding dengan Menteri Belia dan Sukan, jika keperluan itu ada maka kita akan berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu," kata Zahid kepada pemberita, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung bermula 28 Jun hingga 14 Julai ini, Malaysia akan diwakili pasukan Selangor Red Giants, Homebois dan Gaimin Gladiators HomeGirls.

Tambahnya, program khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) boleh diwujudkan dalam menyokong ekosistem e-sukan untuk pelbagai bidang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM