fb fb fb fb fb

Sah! Pogba tersisih daripada Piala Dunia 2022 Qatar

(FOTO AFP)

PERANCIS, 1 November - Pemain tengah Juventus, Paul Pogba disahkan tidak dapat menyertai Piala Dunia 2022 di Qatar ekoran masalah kecederaan yang menimpanya.

Kecederaan itu menyaksikan peluangnya membantu skuad Perancis bagi mempertahankan kejuaraan tertutup rapat.

Menurut ejen pemain tersebut Rafaela Pimenta, Pogba memerlukan masa lebih lama untuk pulih daripada pembedahan lutut yang dijalaninya.

(FOTO AFP)

Situasi tersebut sedikit-sebanyak menambah pening pengendali pasukan Perancis, Didier Deschamps bagi untuk memilih barisan terbaik akibat ramai pemainnya yang cedera.

Terdahulu, tonggak tengah pasukan Perancis, N'Golo Kante juga terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Qatar gara-gara masalah kecederaan.

Untuk rekod, Pogba merupakan antara watak penting kejayaan Perancis ketika memenangi Piala Dunia 2018 di Russia dengan menjaringkan satu gol ketika menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final. - AFP

Media Baharu