fb fb fb fb fb

Proses naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil bermula selepas tamat Piala AFF 2022

(FOTO HIASAN)

BUKIT JALIL, 1 November - Proses menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan bermula sebaik tamat saingan Piala AFF 2022.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jana Santhiran Muniayan,ketika ini KBS serta beberapa pemegang taruh sedang membincangkan perkara tersebut.

Katanya, keutamaan sekarang adalah untuk menyelesaikan jadual perlawanan piala AFF yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023, diikuti perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1.


(Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jana Santhiran Muniayan)

"Kami jangkakan dalam tempoh kurang daripada 6 bulan. daripada bulan 3 ini, Kami menjangkakan sebelum bulan 9 tahun depan ia akan jadi stadium cukup sempurna cukup baik, berikan kami sedikit masa dan ruang bagi kami menyempurnakan stadium ataupun fasiliti sukan di bukit Jalil ini,” katanya ketika merasmikan UNESCO Knowledge For Change (K4C) International Residency Mentor Training Program 2022 di ibu negara.

Proses menaik taraf stadium itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023.

Media Baharu